Mantan PM telah menyatakan beliau sedia disiasat dan didakwa berkait dengan pandangan panel Suruhanjaya yang menyiasat klip video VK Linggam . Bekas mentor Anwar Ibrahim juga berjanji akan bercerita semuanya ( tell all ) didalam Mahkamah berkaitan apa yang berlaku sebenarnya tentang hakim-hakim yang datang melobi kepada nya semasa menjadi PM dahulu .
Nampaknya hakim-hakim samada yang masih memegang jawatan atau yang telah bersara akan bertanya-tanya adakah cerita dalam kelambu bagaimana mereka dilantek akan terbongkar akhirnya . Jika ini berlaku ,rasanya kedudukan badan kehakiman akan tergugat dan situasi yang melanda Kehakiman masakini akan menjadi lebih teruk daripada pemecatan Tun Salleh Abbas 20 tahun yang lampau.
Saturday, May 17, 2008
Friday, May 9, 2008
Double standard UMNO
Tiba-tiba seluruh umat UMNO berteriak sebagai jaguh mempertahankan maruah melayu dan kedaulatan raja-raja melayu gara-gara Karpal Singh mempersoalkan tindakan Sultan Perak yang mengarahkan MB Perak menarik balik pertukaran Pengarah JAIPP .
Persoalan disini , mengapa sekarang UMNO berubah sikap walaupun sebelum ini seluruh umat UMNO mempelekehkan dan mempersoalkan Raja-raja melayu berkaitan isu pemilihan MB Perlis dan Trengganu sehingga ada yang membawa sepanduk NATANG merujuk kepada Istana Trengganu ?
Adakah sebarang tindakan dibuat oleh PDRM dan Peguam Negara ? Kenapa ada double standard didalam perkara ini ?
Kalau Karpal hendak diambil tindakan maka pemimpin-pemimpin UMNO yang derhaka dan menghina raja-raja melayu juga hendaklah di tangkap dan di tuduh sekali .
Pemimpin adil di taati , pemimpin zalim di sanggahi !

Tuesday, May 6, 2008
Kesan penahanan RPK
Pertuduhan yang dibuat keatas Raja Petra Kamaruddin , pengendali Malaysia Today menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan UMNO masih tidak faham hasrat rakyat yang telah menafikan UMNO / BN akan suara 2/3 majoriti di Parlimen . Meskipun pertuduhan yang dikenakan adalah hak dan budibicara Peguam Negara berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh PDRM tetapi di mata rakyat , mereka menganggapnya sebagai satu tindakan untuk menutup mulut para blogger yang dikatakan telah menyebabkan perubahan suasana politik yang melanda negara pada Pilihanraya 2008 yang baru 2 bulan berlalu .
Malah kesanggupan RPK yang memilih untuk ditahan di penjara daripada membayar duit jaminan sebanyak RM5,000 telah mengangkat status daripada seorang super blogger kepada seorang pejuang rakyat yang menentang gergasi pemerintah .
Adakah penahanan dan pertuduhan keatas RPK pada hari ini akan mempercepatkan kejatuhan kerajaan UMNO / BN sebelum PEMILU 13 akan datang ?

Friday, May 2, 2008
Siaran langsung diteruskan .
Nampaknya hasrat PM dan Menteri Penerangan untuk membatalkan siaran langsung persidangan Parlimen ditolak oleh kabinet yang mengarahkan supaya siaran langsung diteruskan . Apa kah maksud tersurat dan tersirat bila hasrat PM sendiri nampaknya tidak mendapat sokongan daripada Kabinet yang dilantek sendiri oleh PM .
Macam kata juara Raja Lawak i.e. Nabil , Fikir-fikir lah sendiri !
Macam kata juara Raja Lawak i.e. Nabil , Fikir-fikir lah sendiri !
Tuesday, April 29, 2008
Sumpah di Parlimen tidak bererti jika..
Melihat kepada MP-MP mengangkat sumpah di Parlimen pada 28.4.2008 , hati ini bertanya samada sumpah untuk mempertahankan negara dan kedaulatan undang-undang akan di laksanakan sepenuh hati ataupun sekadar memenuhi protokol dan prosidur Parlimen sahaja . Kesegakkan pakaian dan ketampanan rupa paras MP-MP yang telah mengangkat sumpah tidak akan membawa sebarang erti kepada rakyat yang memilih mereka jika amanah dan tanggung jawab ditinggalkan begitu sahaja di bangku-bangku Parlimen setelah selesai upacara mengangkat sumpah dilakukan .
Friday, April 25, 2008
Panas ! Panas !
Suasana pasca PEMILU 2008 nampaknya makin panas walaupun pada masa ini , hujan turun dimerata-rata tempat hingga menyebabkan ada tempat di landa banjir . Kalau awal minggu ini , rakyat di kejutkan dengan laporan polis yang dibuat terhadap mantan menteri BN yang dikatakan telah melakukan kesalahan mencabul seorang pelayan wanita di kelab esklusif , maka hari ini pula sekali lagi rakyat dikejutkan dengan mantan MB Selangor yang pernah menghadiahkan penyapu kepada seorang YDP Majlis Daerah telah mempertahankan tindakan isterinya yang memindahkan hampir RM10 juta kepunyaan BALKIS kepada BAKTI . Pada masa yang sama dikatakan seorang hakim terlibat didalam memberi 'nasihat' kepada isteri mantan MB tersebut supaya pemindahan tersebut .
Kalau benarlah terdapat penglibatan hakim didalam perkara ini , maka dimanakan kebebasan badan kehakiman yang sering dilaungkan oleh para hakim setiap kali menghadiri persidangan hakim-hakim .?
Pada masa yang sama ,BPR dan pihak polis perlu melakukan siasatan terhadap perkara tersebut tanpa menunggu sebarang 'lampu hijau' daripada mana-mana pihak dan tindakan yang
Atau adakah siasatan yang dijalankan akan hanya dibuat terhadap mana-mana pihak yang berada di bawah PR ?

Tuesday, April 22, 2008
Bekas Menteri akan di dakwa ?
Cerita panas yang disiarkan didalam TV tadi adalah berkaitan bekas Menteri yang tidak dilantek semula walaupun memenangi kerusi Parlimen nya di PEMILU 2008 , dikatakan telah mencabul kehormatan seorang pelayan wanita .
Rasanya orang ramai dapat meneka siapakah mantan Menteri yang gatal tangan dan ..... nya . Apapun , pihak polis yang menerima laporan daripada wanita tersebut telah berjanji untuk menyiasat dakwaan tersebut . Persoalannya apakah tindakan yang akan diambil terhadap pencabul tersebut jika dakwaan wanita muda tersebut didapati benar dan boleh dibuktikan ? Jika dilihat kepada kenyataan PM berkaitan pemulihan kehakiman , maka ada harapan ke rakyat Malaysia melihat seorang MP yang juga bekas menteri di tuduh di Mahkamah kelak !

Subscribe to:
Posts (Atom)