Saturday, May 17, 2008

Cerita mantan PM dengan Badan Kehakiman

Mantan PM telah menyatakan beliau sedia disiasat dan didakwa berkait dengan pandangan panel Suruhanjaya yang menyiasat klip video VK Linggam . Bekas mentor Anwar Ibrahim juga berjanji akan bercerita semuanya ( tell all ) didalam Mahkamah berkaitan apa yang berlaku sebenarnya tentang hakim-hakim yang datang melobi kepada nya semasa menjadi PM dahulu .


Nampaknya hakim-hakim samada yang masih memegang jawatan atau yang telah bersara akan bertanya-tanya adakah cerita dalam kelambu bagaimana mereka dilantek akan terbongkar akhirnya . Jika ini berlaku ,rasanya kedudukan badan kehakiman akan tergugat dan situasi yang melanda Kehakiman masakini akan menjadi lebih teruk daripada pemecatan Tun Salleh Abbas 20 tahun yang lampau.

Friday, May 9, 2008

Double standard UMNO

Tiba-tiba seluruh umat UMNO berteriak sebagai jaguh mempertahankan maruah melayu dan kedaulatan raja-raja melayu gara-gara Karpal Singh mempersoalkan tindakan Sultan Perak yang mengarahkan MB Perak menarik balik pertukaran Pengarah JAIPP .

Persoalan disini , mengapa sekarang UMNO berubah sikap walaupun sebelum ini seluruh umat UMNO mempelekehkan dan mempersoalkan Raja-raja melayu berkaitan isu pemilihan MB Perlis dan Trengganu sehingga ada yang membawa sepanduk NATANG merujuk kepada Istana Trengganu ?

Adakah sebarang tindakan dibuat oleh PDRM dan Peguam Negara ? Kenapa ada double standard didalam perkara ini ?

Kalau Karpal hendak diambil tindakan maka pemimpin-pemimpin UMNO yang derhaka dan menghina raja-raja melayu juga hendaklah di tangkap dan di tuduh sekali .

Pemimpin adil di taati , pemimpin zalim di sanggahi !

Tuesday, May 6, 2008

Kesan penahanan RPK

Pertuduhan yang dibuat keatas Raja Petra Kamaruddin , pengendali Malaysia Today menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan UMNO masih tidak faham hasrat rakyat yang telah menafikan UMNO / BN akan suara 2/3 majoriti di Parlimen . Meskipun pertuduhan yang dikenakan adalah hak dan budibicara Peguam Negara berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh PDRM tetapi di mata rakyat , mereka menganggapnya sebagai satu tindakan untuk menutup mulut para blogger yang dikatakan telah menyebabkan perubahan suasana politik yang melanda negara pada Pilihanraya 2008 yang baru 2 bulan berlalu .

Malah kesanggupan RPK yang memilih untuk ditahan di penjara daripada membayar duit jaminan sebanyak RM5,000 telah mengangkat status daripada seorang super blogger kepada seorang pejuang rakyat yang menentang gergasi pemerintah .

Adakah penahanan dan pertuduhan keatas RPK pada hari ini akan mempercepatkan kejatuhan kerajaan UMNO / BN sebelum PEMILU 13 akan datang ?

Friday, May 2, 2008

Siaran langsung diteruskan .

Nampaknya hasrat PM dan Menteri Penerangan untuk membatalkan siaran langsung persidangan Parlimen ditolak oleh kabinet yang mengarahkan supaya siaran langsung diteruskan . Apa kah maksud tersurat dan tersirat bila hasrat PM sendiri nampaknya tidak mendapat sokongan daripada Kabinet yang dilantek sendiri oleh PM .

Macam kata juara Raja Lawak i.e. Nabil , Fikir-fikir lah sendiri !