Mantan PM telah menyatakan beliau sedia disiasat dan didakwa berkait dengan pandangan panel Suruhanjaya yang menyiasat klip video VK Linggam . Bekas mentor Anwar Ibrahim juga berjanji akan bercerita semuanya ( tell all ) didalam Mahkamah berkaitan apa yang berlaku sebenarnya tentang hakim-hakim yang datang melobi kepada nya semasa menjadi PM dahulu .
Nampaknya hakim-hakim samada yang masih memegang jawatan atau yang telah bersara akan bertanya-tanya adakah cerita dalam kelambu bagaimana mereka dilantek akan terbongkar akhirnya . Jika ini berlaku ,rasanya kedudukan badan kehakiman akan tergugat dan situasi yang melanda Kehakiman masakini akan menjadi lebih teruk daripada pemecatan Tun Salleh Abbas 20 tahun yang lampau.
Saturday, May 17, 2008
Friday, May 9, 2008
Double standard UMNO
Tiba-tiba seluruh umat UMNO berteriak sebagai jaguh mempertahankan maruah melayu dan kedaulatan raja-raja melayu gara-gara Karpal Singh mempersoalkan tindakan Sultan Perak yang mengarahkan MB Perak menarik balik pertukaran Pengarah JAIPP .
Persoalan disini , mengapa sekarang UMNO berubah sikap walaupun sebelum ini seluruh umat UMNO mempelekehkan dan mempersoalkan Raja-raja melayu berkaitan isu pemilihan MB Perlis dan Trengganu sehingga ada yang membawa sepanduk NATANG merujuk kepada Istana Trengganu ?
Adakah sebarang tindakan dibuat oleh PDRM dan Peguam Negara ? Kenapa ada double standard didalam perkara ini ?
Kalau Karpal hendak diambil tindakan maka pemimpin-pemimpin UMNO yang derhaka dan menghina raja-raja melayu juga hendaklah di tangkap dan di tuduh sekali .
Pemimpin adil di taati , pemimpin zalim di sanggahi !

Tuesday, May 6, 2008
Kesan penahanan RPK
Pertuduhan yang dibuat keatas Raja Petra Kamaruddin , pengendali Malaysia Today menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan UMNO masih tidak faham hasrat rakyat yang telah menafikan UMNO / BN akan suara 2/3 majoriti di Parlimen . Meskipun pertuduhan yang dikenakan adalah hak dan budibicara Peguam Negara berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh PDRM tetapi di mata rakyat , mereka menganggapnya sebagai satu tindakan untuk menutup mulut para blogger yang dikatakan telah menyebabkan perubahan suasana politik yang melanda negara pada Pilihanraya 2008 yang baru 2 bulan berlalu .
Malah kesanggupan RPK yang memilih untuk ditahan di penjara daripada membayar duit jaminan sebanyak RM5,000 telah mengangkat status daripada seorang super blogger kepada seorang pejuang rakyat yang menentang gergasi pemerintah .
Adakah penahanan dan pertuduhan keatas RPK pada hari ini akan mempercepatkan kejatuhan kerajaan UMNO / BN sebelum PEMILU 13 akan datang ?

Friday, May 2, 2008
Siaran langsung diteruskan .
Nampaknya hasrat PM dan Menteri Penerangan untuk membatalkan siaran langsung persidangan Parlimen ditolak oleh kabinet yang mengarahkan supaya siaran langsung diteruskan . Apa kah maksud tersurat dan tersirat bila hasrat PM sendiri nampaknya tidak mendapat sokongan daripada Kabinet yang dilantek sendiri oleh PM .
Macam kata juara Raja Lawak i.e. Nabil , Fikir-fikir lah sendiri !

Tuesday, April 29, 2008
Sumpah di Parlimen tidak bererti jika..
Melihat kepada MP-MP mengangkat sumpah di Parlimen pada 28.4.2008 , hati ini bertanya samada sumpah untuk mempertahankan negara dan kedaulatan undang-undang akan di laksanakan sepenuh hati ataupun sekadar memenuhi protokol dan prosidur Parlimen sahaja . Kesegakkan pakaian dan ketampanan rupa paras MP-MP yang telah mengangkat sumpah tidak akan membawa sebarang erti kepada rakyat yang memilih mereka jika amanah dan tanggung jawab ditinggalkan begitu sahaja di bangku-bangku Parlimen setelah selesai upacara mengangkat sumpah dilakukan .
Friday, April 25, 2008
Panas ! Panas !
Suasana pasca PEMILU 2008 nampaknya makin panas walaupun pada masa ini , hujan turun dimerata-rata tempat hingga menyebabkan ada tempat di landa banjir . Kalau awal minggu ini , rakyat di kejutkan dengan laporan polis yang dibuat terhadap mantan menteri BN yang dikatakan telah melakukan kesalahan mencabul seorang pelayan wanita di kelab esklusif , maka hari ini pula sekali lagi rakyat dikejutkan dengan mantan MB Selangor yang pernah menghadiahkan penyapu kepada seorang YDP Majlis Daerah telah mempertahankan tindakan isterinya yang memindahkan hampir RM10 juta kepunyaan BALKIS kepada BAKTI . Pada masa yang sama dikatakan seorang hakim terlibat didalam memberi 'nasihat' kepada isteri mantan MB tersebut supaya pemindahan tersebut .
Kalau benarlah terdapat penglibatan hakim didalam perkara ini , maka dimanakan kebebasan badan kehakiman yang sering dilaungkan oleh para hakim setiap kali menghadiri persidangan hakim-hakim .?
Pada masa yang sama ,BPR dan pihak polis perlu melakukan siasatan terhadap perkara tersebut tanpa menunggu sebarang 'lampu hijau' daripada mana-mana pihak dan tindakan yang
Atau adakah siasatan yang dijalankan akan hanya dibuat terhadap mana-mana pihak yang berada di bawah PR ?

Tuesday, April 22, 2008
Bekas Menteri akan di dakwa ?
Cerita panas yang disiarkan didalam TV tadi adalah berkaitan bekas Menteri yang tidak dilantek semula walaupun memenangi kerusi Parlimen nya di PEMILU 2008 , dikatakan telah mencabul kehormatan seorang pelayan wanita .
Rasanya orang ramai dapat meneka siapakah mantan Menteri yang gatal tangan dan ..... nya . Apapun , pihak polis yang menerima laporan daripada wanita tersebut telah berjanji untuk menyiasat dakwaan tersebut . Persoalannya apakah tindakan yang akan diambil terhadap pencabul tersebut jika dakwaan wanita muda tersebut didapati benar dan boleh dibuktikan ? Jika dilihat kepada kenyataan PM berkaitan pemulihan kehakiman , maka ada harapan ke rakyat Malaysia melihat seorang MP yang juga bekas menteri di tuduh di Mahkamah kelak !

Saturday, April 19, 2008
UMNO lagi ....
Sedar kah Nazri Aziz bahawa kenyataannya berkaitan para menteri yang mendesak Pak Lah supaya meletakkan jawatan sebagai orang yang tidak cerdik atau BODOH , membuatkan beliau berada didalam kumpulan minoriti didalam UMNO dan kabinet pada masa ini?
Nampaknya kemelut dalaman UMNO makin lama makin parah . Adakah doa Tuan Guru Nik Aziz semasa mendirikan solat hajat bersama-sama dengan pulohan ribu rakyat Kelantan pada malam sebelum PEMILU 2008 telah di maqbulkan oleh ALLAH SWT ?

Thursday, April 17, 2008
The guest lists at JW Marriot
The list of guests and VVIP , VIP and all those who think they belong to these groups were quite impressive . The PM and wife ( SIL not invited ) , Pakatan Rakyat leaders , Tun Salleh Abbas and his brethren and family , the new Law Minister , the present CJ and his fellow judges ( was Augustine Paul there ? ) ,Bar Council members and the AG were also there . Even Mr. Samy deValued was also present . But wait , where were the UMNO ministers who are also lawyers like Hamid Albar , Hisham Keris muddin , Azalina Tomboy , Khalid Nordin etc . Were they not invited or to busy attending UMNO meetings to prepare for the BIG DINNER in Dec 2008 at PWTC ?
Wednesday, April 16, 2008
Persoalan mengenai Pengerusi SPR
Apakah Pengerusi SPR sekarang , orang melayu yang beragama Islam yang sepatutnya menunjukkan adab yang baik ataupun ahli politik UMNO yang kecewa kerana partinya telah ditolak oleh hampir separuh rakyat Malaysia ?
Adakah Pengerusi SPR sekarang , seorang yang mempunyai maruah diri sebagai seorang tua yang sepatutnya memberi nasihat dan pengajaran kepada generasi muda ataupun seorang tua yang hanya menjadikan nafsu amarahnya sebagai panduan dan pedoman hidupnya ?
Adakah Pengerusi SPR sekarang , seorang yang mengingati bahawa usia yang makin lanjut sepatutnya di habiskan dengan menjalankan amalan-amalan baik ataupun seorang yang merasakan sifat-sifat mazmumah nya tidak akan dicatit oleh Ratib dan Aqib untuk dipersembahkan kepada Rabbul Jalil di Yaumul Mashar kelak ?
Siapa dan apa kah Pengerusi SPR sekarang ?

Tuesday, April 15, 2008
Ada lagi kah ketuanan Melayu sekarang ?
Saya nak bertanya kepada sdr Norza dari UMNO yang menyeru supaya PKR , PAS bersatu dengan UMNO berkaitan agenda penyatuan ummah dan ketuanan Melayu samada seruan beliau adalah ikhlas atau sekadar retorik setelah UMNO mengalami kemerosotan paling teruk didalam sejarah negara .
Mengapa baru sekarang sdr teringat kepada perpaduan melayu islam ? Mengapa sebelum PEMILU 12 sebulan lalu , isu ini tidak di timbulkan .? Adakah kerana UMNO takut kehilangan kuasanya setelah 50 thn menjadi teraju utama pemerintahan negara ini ?
Kalau negeri-negeri yang kini dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat sudah mula melaksanakan janji-janji pilihanraya mereka tetapi UMNO nampaknya masih didalam kemelut dan percakaran diantara satu sama lain . Apa dah jadi kepada UMNO ?Bukan kah sepatutnya mereka memulakan tugas-tugas untuk memerintah negara setelah kabinet dibentukdan port folio masing-masing telah diberi .
Kalau kepentingan rakyat menjadi agenda UMNO seperti mana yang di katakan didalam kempen-kempen pilihanraya yang baru berlalu ,mengapa kah orang-orang melayu masih di ketepikan ?
Jangan lah hanya pandai menjerit ketuanan melayu sekarang kini terancam tetapi pada hakikatnya orang-orang melayu telah lama hilang ketuanan dan kekuasaan geo politik mereka disebabkan kerakusan dan kepentingan segelintir kecil orang-orang melayu didalam UMNO .

Monday, April 14, 2008
Kakitangan kerajaan di larang berpolitik
PM menyatakan kakitangan kerajaan meminta supaya menyerahkan politik kepada orang-orang politik dan hanya bekerja untuk melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan sahaja . Apakah tujuan beliau membuat arahan tersebut ? Adakah disebabkan selepas BN mengalami tamparan yang agak memalukan selepas PEMILU 2008 lepas ?
Jika melihat kepada senario semasa PEMILU 2008 , UMNO dan BN dengan terang-terangan menggunakan semua jentera kerajaan termasuk tenaga kaki tangan kerajaan untuk berkempen untuk BN . Bukan kah ini menunjukkan Pak Lah bersikap tidak adil sekarang apabila mengeluarkan arahan tersebut !
Wahai PM , jadilah PM untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya untuk UMNO sahaja . Saudara sendiri tahu bahawa golongan yang mula-mula di hisab di yaumul mashar nanti adalah pemimpin .

Saturday, April 12, 2008
Cerita 3 personaliti UTARA yang .....
Nampaknya mantan MP Kubang Pasu yang pernah menjadi PM Malaysia selama 22 tahun mempunyai dua target pada masa ini ; PM sekarang dari Kepala Batas dan mantan TPM dari Permatang Pauh yang pernah menjadi anak didiknya yang dianggap sebagai bakal penggantinya suatu ketika dahulu . Secara kebetulan , kedua-dua personaliti tersebut berasal dari Pulau Pinang yang kini mempunyai KM yang pernah di penjarakan di zaman mantan PM tersebut kerana membela maruah keluarga gadis melayu yang telah dicemarkan oleh mantan KM Melaka yang baru-baru ini menyatakan hasrat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO . Didalam menuntut PM sekarang supaya meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO , mantan PM tersebut kini sedang berusaha kuat untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa mantan TPM yang pernah di tumbuk oleh mantan KPN di lokap Bukit Aman 10 tahun yang lalu layak menjadi PM Israel .
Apa yang menarik nya walaupun ketiga-tiga personaliti tersebut yang pernah duduk sekali didalam kabinet dan pentas UMNO sambil menyanyikan lagu UMNO setiap kali menghadiri persidangan UMNO di PWTC dan kini mengambil haluan masing-masing tetapi mereka masih mempunyai OOOMPPHHH in their own special way .
Buat diri ini , saya tertunggu-tunggu untuk melihat apakah ' benda ' yang akan meletup didalam waktu yang terdekat ini berdasarkan kenyataan-kenyataan dari masa ke semasa oleh ketiga-ketiga personaliti daripada UTARA tersebut .

Friday, April 11, 2008
Selepas PEMILU 2008 , nampaknya ada beberapa personaliti yang tidak berapa mahu menonjolkan diri . Senarai mereka yang dengan tiba-tiba agak senyap pada masa kini ada lah seperti berikut :
- Pengerusi SPR - Rashid
- Peguam Negara - Gani P
- KPN - Musa H
- Mantan MP L.Pantai - Shahrizat J
- MP Kuala Kangsar - Rafidah A
- MP Rembau - Khairi J
- Mantan MB Perlis - Shahidan K
Minta maaf kerana tidak letak pangkat didepan kerana saya percaya gelaran dan pangkat yang dikurniakan sepatutnya untuk orang yang berjasa dan amanah dengan tugas yang di beri . Ada banyak nama lain tapi cukuplah setakat ini .
Thursday, April 10, 2008
Sang Kelembai ....
Agak mengecewakan bila melihat blogger yang senior seperti Sang Kelembai konar baring 360 darjah dan mencium tangan Pak Lah di Sabah . Walaupun saya merupakan orang baru dialam blog ini tetapi Sang Kelembai merupakan salah seorang blogger yang saya minati dan kagumi kerana keberaniannya membuat posting yang agak panas terhadap Pak Lah dan kepimpinannya sebelum 7.4.2008 . Walau apa pun alasan yang diberi oleh Sang Kelembai berkaitan konar baringnya tetapi saya berpendapat tindakan beliau telah mengecewakan dan mengguriskan perasaan rakan-rakan beliau yang mengenali beliau . Benarlah kata pepatah Inggeris iaitu Truth is stranger than fiction . Apa pun , saya tetap menunggu posting Sang Kelembai yang terbaru dan saya rasa ramai kawan-kawan blogger juga sedang menunggu.
Sunday, April 6, 2008
Siapa yang bersalah ?
Pak Lah menyatakan kehilangan beberapa kerusi selamat UMNO di peringkat Parlimen dan DUN adalah disebabkan perbuatan khianat ahli-ahli UMNO sendiri . Beliau juga meminta ahli-ahli UMNO supaya tidak menyalahkan menantunya yang telah menggelar para bloggers sebagai beruk-beruk . Agak menghairankan bahawa Pak Lah langsung tidak menyentuh tentang kekalahan MCA , MIC dan GERAKAN . Adakah beliau berpendapat bahawa peranan yang dimainkan oleh parti-parti komponen lain tidak begitu relevan didalam BN ?
Pada masa yang sama , beliau seolah-olah melupakan pengakuan beliau sendiri bahawa peranan media alternatif seperti internet telah menyumbang kepada kemerosotan pencapaian UMNO / BN didalam PEMILU 12 ini . Beliau juga seolah-olah tidak peka kepada asakkan-asakkan yang dibuat oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang rata-rata menyalahkan kelemahan beliau dan meminta mesyuarat agung luar biasa UMNO di panggil bagi membicarakan kemelut yang melandai UMNO kini . Atau adakah Pak Lah masih di ulit mimpi indah yang didodoikan oleh orang-orang seperti Mat Taib , Nazri Aziz , Ali Rustam ?

Friday, April 4, 2008
BN dan BR
Nampaknya dalam UMNO / BN dah berlaku pergolakkan dan pergeseran . Presiden UMNO dan MT UMNO sedang diasak dari semua arah dari mantan PM ( TDM ) , mantan Menteri Kewangan ( Ku Li ) dan mantan-mantan MP dan ADUN yang telah bersara dan di bersarakan ,ahli-ahli UMNO yang hilang tempat mencari makan dan juga asakkan dari dalam kabinet sendiri walaupun di buat secara halus dan tidak langsung . Manakala didalam GERAKAN , MCA dan MIC pula sudah ada ahli-ahli mereka yang berani mendesak pucuk pimpinan mereka digantikan dengan pemimpin lain dan bertindak lebih agresif supaya tidak lagi dianggap sebagai rakan-rakan komponen kelas kedua dan ketiga didalam BN oleh UMNO .
Manakala BR yang kini di tukar kepada PR juga seolah-olah riak pergeseran mula timbul bila orang kuat DAP i.e. Singa Jelutong yang juga peguambela 5 orang kuat Hindraf yang sedang ditahan dibawah ISA , telah mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin PAS berkaitan kesediaan PAS untuk menjadi tulang belakang PR bagi memperkenalkan konsep negara Islam apabila PR memerintah negara kelak . PKR pula nampaknya berhati-hati didalam tindakan nya supaya tidak dianggap berat sebelah kepada PAS ataupun DAP.
Senario politik Malaysia semakin menarik perhatian bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia tetapi juga oleh dunia luar terutamanya Singapura yang khabarnya agak risau melihat tsunami yang telah melanda rakan WPI nya di sini .

Thursday, April 3, 2008
BN / UMNO ... Alahai
Hampir sebulan , PEMILU ke 12 dah berlalu . Kabinet di peringkat persekutuan dan barisan EXCO negeri kecuali Trengganu dah pun mengangkat sumpah . Hari-hari ada je sahaja komen-komen didalam media masa dan internet tentang tsunami yang melanda negara ini . Cuma kali ini , tsunami tersebut merupakan satu gelombang yang memberi kegembiraan pada rakyat Malaysia yang telah mengalami keresahan dan keperitan dibawah satu kelompok parti politik yang menggunakan lambang Dacing sebagai tanda mereka .
Pada masa yang sama , UMNO sebagai teraju utama kerajaan BN masih mengganggap parti tersebut masih di sokong oleh rakyat meskipun ahli-ahli UMNO sendiri ada yang telah mengundi calon-calon dari PAS , PKR dan DAP dan pemimpin-pemimpin UMNO bercakaran sesama sendiri hingga ke tahap menuntut Pak Lah supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia . Ini belum termasuk lagi parti-parti komponen dalam BN seperti Gerakan , MCA , MIC yang sudah berani menyalahkan tindak-tanduk beberapa pemimpin UMNO yang dianggap telah melukakan perasaan bukan sahaja orang - orang cina , india dan melayu sendiri sehingga menyebabkan 5 + 1 negeri telah ditawan oleh Pakatan Rakyat .
Jika sebelum 8.3.2008 , UMNO dan BN begitu gagah dan memandang rendah kepada PKR ( yang digelar parti nyamuk ) , PAS ( parti islam yang dikatakan pandai pungut derma ) dan DAP ( yang di gelarkan sebagai serpihan PAP ) dan para bloggers di panggil dengan seperti beruk , penganggur dan macam-macam gelaran yang menghinakan , maka pada masakini , Pakatan Rakyat mula di geruni dan para bloggers mula mendapat pengiktirafan dari Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO dan BN . Malah mantan MB Selangor dan Perlis telah pun melibatkan diri dalam bidang blog .
Kalau sebelum 8.3.2008 , suasana politik Malaysia di penuhi oleh warna biru pekat tetapi kini ia nampak lebih ceria dengan berbagai warna seperti pelangi yang muncul selepas hujan . Apa pun ,
Parlimen Malaysia akan lebih bermakna apabila persidangan pertamanya yang akan di rasmikan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agung dimana bermulanya pertembungan diantara idealogi lama yang masih didukung oleh UMNO / BN akan di tentang oleh Pakatan Rakyat yang membawa agenda baharu di abad ke 21 ini sedang di nantikan dengan berdebar oleh rakyat Malaysia .
Adakah UMNO / BN akan lebih lesu ataupun Pakatan Rakyat yang menjadi lebih cemerlang ? Sama-sama lah kita menunggu

Subscribe to:
Posts (Atom)