Thursday, April 10, 2008

Sang Kelembai ....

Agak mengecewakan bila melihat blogger yang senior seperti Sang Kelembai konar baring 360 darjah dan mencium tangan Pak Lah di Sabah . Walaupun saya merupakan orang baru dialam blog ini tetapi Sang Kelembai merupakan salah seorang blogger yang saya minati dan kagumi kerana keberaniannya membuat posting yang agak panas terhadap Pak Lah dan kepimpinannya sebelum 7.4.2008 . Walau apa pun alasan yang diberi oleh Sang Kelembai berkaitan konar baringnya tetapi saya berpendapat tindakan beliau telah mengecewakan dan mengguriskan perasaan rakan-rakan beliau yang mengenali beliau . Benarlah kata pepatah Inggeris iaitu Truth is stranger than fiction . Apa pun , saya tetap menunggu posting Sang Kelembai yang terbaru dan saya rasa ramai kawan-kawan blogger juga sedang menunggu.

No comments: