Thursday, April 3, 2008

BN / UMNO ... Alahai

Hampir sebulan , PEMILU ke 12 dah berlalu . Kabinet di peringkat persekutuan dan barisan EXCO negeri kecuali Trengganu dah pun mengangkat sumpah . Hari-hari ada je sahaja komen-komen didalam media masa dan internet tentang tsunami yang melanda negara ini . Cuma kali ini , tsunami tersebut merupakan satu gelombang yang memberi kegembiraan pada rakyat Malaysia yang telah mengalami keresahan dan keperitan dibawah satu kelompok parti politik yang menggunakan lambang Dacing sebagai tanda mereka .

Pada masa yang sama , UMNO sebagai teraju utama kerajaan BN masih mengganggap parti tersebut masih di sokong oleh rakyat meskipun ahli-ahli UMNO sendiri ada yang telah mengundi calon-calon dari PAS , PKR dan DAP dan pemimpin-pemimpin UMNO bercakaran sesama sendiri hingga ke tahap menuntut Pak Lah supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia . Ini belum termasuk lagi parti-parti komponen dalam BN seperti Gerakan , MCA , MIC yang sudah berani menyalahkan tindak-tanduk beberapa pemimpin UMNO yang dianggap telah melukakan perasaan bukan sahaja orang - orang cina , india dan melayu sendiri sehingga menyebabkan 5 + 1 negeri telah ditawan oleh Pakatan Rakyat .

Jika sebelum 8.3.2008 , UMNO dan BN begitu gagah dan memandang rendah kepada PKR ( yang digelar parti nyamuk ) , PAS ( parti islam yang dikatakan pandai pungut derma ) dan DAP ( yang di gelarkan sebagai serpihan PAP ) dan para bloggers di panggil dengan seperti beruk , penganggur dan macam-macam gelaran yang menghinakan , maka pada masakini , Pakatan Rakyat mula di geruni dan para bloggers mula mendapat pengiktirafan dari Perdana Menteri dan lain-lain pemimpin UMNO dan BN . Malah mantan MB Selangor dan Perlis telah pun melibatkan diri dalam bidang blog .

Kalau sebelum 8.3.2008 , suasana politik Malaysia di penuhi oleh warna biru pekat tetapi kini ia nampak lebih ceria dengan berbagai warna seperti pelangi yang muncul selepas hujan . Apa pun ,
Parlimen Malaysia akan lebih bermakna apabila persidangan pertamanya yang akan di rasmikan oleh DYMM Yang Di Pertuan Agung dimana bermulanya pertembungan diantara idealogi lama yang masih didukung oleh UMNO / BN akan di tentang oleh Pakatan Rakyat yang membawa agenda baharu di abad ke 21 ini sedang di nantikan dengan berdebar oleh rakyat Malaysia .

Adakah UMNO / BN akan lebih lesu ataupun Pakatan Rakyat yang menjadi lebih cemerlang ? Sama-sama lah kita menunggu

No comments: