Nampaknya mantan MP Kubang Pasu yang pernah menjadi PM Malaysia selama 22 tahun mempunyai dua target pada masa ini ; PM sekarang dari Kepala Batas dan mantan TPM dari Permatang Pauh yang pernah menjadi anak didiknya yang dianggap sebagai bakal penggantinya suatu ketika dahulu . Secara kebetulan , kedua-dua personaliti tersebut berasal dari Pulau Pinang yang kini mempunyai KM yang pernah di penjarakan di zaman mantan PM tersebut kerana membela maruah keluarga gadis melayu yang telah dicemarkan oleh mantan KM Melaka yang baru-baru ini menyatakan hasrat untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO . Didalam menuntut PM sekarang supaya meletakkan jawatan sebagai PM dan Presiden UMNO , mantan PM tersebut kini sedang berusaha kuat untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa mantan TPM yang pernah di tumbuk oleh mantan KPN di lokap Bukit Aman 10 tahun yang lalu layak menjadi PM Israel .
Apa yang menarik nya walaupun ketiga-tiga personaliti tersebut yang pernah duduk sekali didalam kabinet dan pentas UMNO sambil menyanyikan lagu UMNO setiap kali menghadiri persidangan UMNO di PWTC dan kini mengambil haluan masing-masing tetapi mereka masih mempunyai OOOMPPHHH in their own special way .
Buat diri ini , saya tertunggu-tunggu untuk melihat apakah ' benda ' yang akan meletup didalam waktu yang terdekat ini berdasarkan kenyataan-kenyataan dari masa ke semasa oleh ketiga-ketiga personaliti daripada UTARA tersebut .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment