Monday, April 14, 2008

Kakitangan kerajaan di larang berpolitik

PM menyatakan kakitangan kerajaan meminta supaya menyerahkan politik kepada orang-orang politik dan hanya bekerja untuk melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan sahaja . Apakah tujuan beliau membuat arahan tersebut ? Adakah disebabkan selepas BN mengalami tamparan yang agak memalukan selepas PEMILU 2008 lepas ?

Jika melihat kepada senario semasa PEMILU 2008 , UMNO dan BN dengan terang-terangan menggunakan semua jentera kerajaan termasuk tenaga kaki tangan kerajaan untuk berkempen untuk BN . Bukan kah ini menunjukkan Pak Lah bersikap tidak adil sekarang apabila mengeluarkan arahan tersebut !

Wahai PM , jadilah PM untuk semua rakyat Malaysia dan bukannya untuk UMNO sahaja . Saudara sendiri tahu bahawa golongan yang mula-mula di hisab di yaumul mashar nanti adalah pemimpin .

No comments: