Friday, April 4, 2008

BN dan BR

Nampaknya dalam UMNO / BN dah berlaku pergolakkan dan pergeseran . Presiden UMNO dan MT UMNO sedang diasak dari semua arah dari mantan PM ( TDM ) , mantan Menteri Kewangan ( Ku Li ) dan mantan-mantan MP dan ADUN yang telah bersara dan di bersarakan ,ahli-ahli UMNO yang hilang tempat mencari makan dan juga asakkan dari dalam kabinet sendiri walaupun di buat secara halus dan tidak langsung . Manakala didalam GERAKAN , MCA dan MIC pula sudah ada ahli-ahli mereka yang berani mendesak pucuk pimpinan mereka digantikan dengan pemimpin lain dan bertindak lebih agresif supaya tidak lagi dianggap sebagai rakan-rakan komponen kelas kedua dan ketiga didalam BN oleh UMNO .

Manakala BR yang kini di tukar kepada PR juga seolah-olah riak pergeseran mula timbul bila orang kuat DAP i.e. Singa Jelutong yang juga peguambela 5 orang kuat Hindraf yang sedang ditahan dibawah ISA , telah mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin PAS berkaitan kesediaan PAS untuk menjadi tulang belakang PR bagi memperkenalkan konsep negara Islam apabila PR memerintah negara kelak . PKR pula nampaknya berhati-hati didalam tindakan nya supaya tidak dianggap berat sebelah kepada PAS ataupun DAP.

Senario politik Malaysia semakin menarik perhatian bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia tetapi juga oleh dunia luar terutamanya Singapura yang khabarnya agak risau melihat tsunami yang telah melanda rakan WPI nya di sini .

1 comment:

A Voice said...

comment session in sopo sentral is not there for spamming and putting yr comments.

apprecaiet you respect that request for sake of general harmony of the sopo blogosphere of malaysia.